Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

VIDEO /1:34 MINIT

Pakatan Rakyat mengekalkan pendirian mereka bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah 'Allah'.

Pemimpin parti berkenaan yang bertemu hari ini, untuk membincangkan keputusan oleh Mahkamah Rayuan pada hari Isnin lalu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yang menjawab soalan pemberita berkata, pendirian Pakatan tidak berbeza dengan pendirian yang dinyatakan sebelum ini.

“Cuba tengok kenyataan kami sebelum ini, saya tidak ingat setiap perkataan,” katanya.

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang bertemu pada Januari lalu menyokong kenyataan presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Katanya, kerajaan Umno-BN menjadikannya isu tersebut sebagai satu polemik dengan menggunakan media arus perdana, dan seterusnya menyebabkan ketegangan penduduk pelbagai agama dalam masyarakat majmuk.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sama pada waktu itu mengalu-alukan pendirian PAS itu sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS