Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut menolak permintaan untuk membawa balik abu Chin Peng ke Malaysia.
Katanya, Chin Peng ( kanan ) tidak pernah menerima tawaran kembali ke Malaysia selepas perjanjian gencatan senjata antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ditandatangani pada 1989.
Mempertahankan pendirian kerajaan, beliau juga berkata, bekas setiausaha agung PKM itu tidak pernah menjadi warganegara Malaysia.
"Tidak, saya tidak fikir begitu kerana saya percaya dia (Chin Peng) tidak terima tawaran pulang ke Malaysia selepas perjanjian damai ditandatangani," katanya ketika ditanya sama ada abunya patut dibenarkan dibawa pulang.
"Dan saya percaya, beliau tidak pernah menjadi warganegara Malaysia."