Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO

Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.

Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan.

NONE "Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah.

"Malah kalau ingin tarik balik warganegara saya pun, saya alu-alukan,” katanya dalam SMS kepada Malaysiakini .

Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas beliau, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

Beliau juga mengulas desakaan yang timbul, seperti yang diulas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, agar gelaran tersebut ditarik balik.

Kumpulan berhaluan kanan Melayu, PERKASA pula dilaporkan menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya.

Menurut NGO tersebut, individu berkenaan tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara.

Diminta mengulas dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis terpaksa menahan beliau selepas tokoh itu menyelinap masuk ke rumah pada tengah malam kelmarin, A Samad berkata:

"Sudah terlalu banyak berita tentang peristiwa seputar bapak. Cukuplah. Jika ingin ditambah biarlah seputar polis sahaja," katanya.

 

 
 
 
 
 

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS