Rakyat Malaysia perlu membiasakan diri dengan peningkatan kes pembunuhan di jalanan kerana ia adalah "harga untuk kebebasan", kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, kebebasan sivil yang lebih luas bermakna pihak berkuasa tidak boleh mengambil langkah pencegahan untuk mengelak perlakuan jenayah.
"Hatga untuk kebebasan, untuk liberalisme, untuk bercakap apa yang kita mahu, harganya ialah orang terbunuh.
"Sebelum jenayah dilakukan, anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk mencegahnya.
"Ada orang malang kena tembak, dia mati, kemudian kita bicara (di mahkamah)," katanya kepada pemberita hari ini.