Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penulis blog pertahan guru besar SK Sri Pristana
Diterbitkan:  Jul 24, 2013 11:56 AM
Dikemaskini: 7:39 AM

Berikutan tersiarnya gambar yang menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan di SK Sri Pristana, seorang penulis blog melawat sekolah tersebut di Sungai Buloh dan menurutnya, dia mendapati  keadaannya tidak sepertimana yang digambarkan.

NONE Penulis blog itu juga menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan guru-guru beragama Islam di sekolah itu turut menggunakan bilik yang sama untuk berbuka puasa.

Menurut Y1M Checkmate blog, kantin sekolah itu tidak mampu menampung 350 murid yang rehat pada masa yang sama.

Oleh yang demikian, penulis blog itu berkata mereka terpaksa duduk

di luar kantin untuk makan.

NONE Katanya, guru besar yang melihat keadaan itu memutuskan untuk menggunakan salah sebuah bilik persalinan yang terletak beberapa meter dari kantin.

"Bilik persalinan ini dilengkapi kerusi dan meja, dan telah digunakan sejak Mac 2013 dan bukan baru-baru ini seperti yang didakwa oleh beberapa blog," katanya.

Penulis blog itu berkata guru besar mengambil inisiatif itu supaya murid-muridnya tidak perlu duduk di luar yang agak panas untuk makan.

Katanya, sehingga awal Ramadan, semua pelajar, termasuk murid

Melayu, telah menggunakan bilik berkenaan sebagai 'kantin' mereka, dan tidak ada tandas yang terletak berhampiran bilik persalinan itu.

NONE Menurutnya, tidak ada tandas yang terletak dalam lingkungan 30

meter. Terdapat hanya dua bilik persalinan bagi lelaki dan perempuan, yang terletak bersebelahan.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan dalam blog tersebut dan dalam proses mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa yang berkaitan dan pihak-pihak yang terlibat.

[Baca berita penuh]

1. Ibu bapa kesal bilik persalinan jadi tempat makan

2. Gambar tunjuk murid makan di bilik air sekolah

3.  Penulis blog pertahan guru besar SK Sri Pristana

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS