Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahidan janji bawa isu 'Red Bean Army' ke Kabinet

Menteri Di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berjanji untuk membangkitkan desakan satu NGO agar menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja ke atas kumpulan aktivis 'Red Bean Army' ke Kabinet.

Katanya, beliau akan membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat jemaah menteri tersebut pada Jumaat ini, memandangkan kegiatan aktivis berkenaan telahpun banyak dilaporkan kepada polis.

"Banyak laporan polis dibuat berkaitan Read Bean Army, yang (mana) mereka dilihat cukup aktif, sebelum pilihan raya dan semasa pilihan raya.

"NGO ini mendakwa mereka mendapat sumbangan pembiayaan yang besar. Kita (kerajaan) terbuka terhadap semua cadangan, kita akan dibawa ke (pengetahuan) Kabinet," kata Shahidan yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

Shahidan berkata gabungan NGO itu mendakwa kumpulan cybertrooper itu dibiayai pihak pembangkang.

DAP sebelum ini berkali-kali menafikan terlibat dalam pembiayaan kumpulan 'Red Bean Army' itu.

Shahidan terdahulu menerima memorandum dari gabungan 130 NGO Melayu-Islam yang bimbang kegiatan tersebut akan mengundang perpecahan masyarakat, perselisihan kaum dan menjejas ketidakstabilan politik.

"Ketegasan Kementerian Dalam Negeri adalah amat penting bagi memastikan ketenteraman dan keharmonian masyarakat sentiasa terjaga.

"(Sekaligus) mengenalpasti dan mendedahkan dalang di sebalik operasi dan pembiayaan Red bean Army," memorandum itu dipetik.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh pengerusi satu NGO yang mendakwa mewakili kumpulan wartawan, Dzulkarnain Taib.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS