Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis siswa enggan diikat jamin kes Akta Hasutan

Empat orang pemimpin NGO dan parti pembangkang yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam tadi hari ini didakwa mengikut akta tersebut.

Keempat-empat individu tersebut adalah aktivis siswa Safwan Anang, pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan naib presiden PKR Tian Chua.

Kesemuanya mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dijalankan ke atas mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin.

Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dilakukan secara berasingan ke atasnya selepas itu, mengikut undang-undang sama.

Kesemua lima individu berkenaan didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara jan 8.55pm hingga 11.15pm pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Mereka didakwa menyebut kata-kata menghasut, yang didakwa cenderung membangkitkan rakyat untuk mengubah kerajaan dengan cara yang tidak sah.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas di hadapan hakim Norsharidah Awang.

Peguam untuk empat tertuduh pertama menyatakan hasrat untuk memohon untuk mengeneppikan pendakwaan tersebut, sama ada di mahkamah sama atau di mahkamah tinggi.

Chua diwakili N Surendran manakala Haris oleh sekumpulan peguam diketuai Gobind Singh Deo.

Pasukan diketuai Ariff Azam pula mewakili Safwan, manaka Tamrin dan Hishamuddin diwakili Murni Hidayah.

Mahkamah menetapkan tarikh 2 Julai untuk mendengar kes tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS