Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saksi: K'jaan tanggung beban untuk rawat pendatang

Jabatan Kesihatan Sabah menganggap kebanjiran pendatang asing ke negeri itu sebagai satu "ancaman keselamatan nasional" dan "beban" kepada perkhidmatan kesihatan negeri.

Timbalan Pengarah Jabatan Bahagian Penyakit Berjangkit, Dr Maria Sulaiman berkata, rawatan kepada pendatang itu banyak menggunakan sumber yang "boleh diguna untuk merawat orang tempatan".

Maria yang memberi keterangan di suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu kewarganegaraan di Sabah berkata yuran rawatan tertunggak daripada pesakit asing di klinik dan hospital kerajaan dari 2007 sehingga 2012 mencecah RM21.7 juta.

Sebaliknya, dalam tempoh yang sama rakyat Malaysia hanya berhutang sebanyak RM7 juta dengan klinik dan hospital kerajaan.

Maria berkata jabatan itu membelanjakan RM200,000 pada tahun 2011 untuk mengawal wabak campak di kalangan orang asing di Kinabatangan dan Beluran.

Wabak campak, taun, kusta dan hepatitis berjangkit adalah "biasa" di kalangan bukan warganegara, katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS