Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Tahan Adam untuk hapus suara tak puas hati
Diterbitkan:  May 21, 2013 12:01 PM
Dikemaskini: 4:04 AM

Tindakan kerajaan menahan pemimpin mahasiswa Adam Adli dianggap sebagai usaha untuk menghapuskan suara rakyat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu yang didakwa sarat dengan penipuan.

Dua anggota Parlimen DAP daripada Pinang Berkata, dalam tempoh seminggu sahaja selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menerajui kementerian dalam negeri, Akta Hasutan yang "antidemokrasi" digunakan.

Zairil Khir Johari (2) Malah, kata Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) ( kiri ) dan Steven Sim Chee Keong (Bukit Mertajam), anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Ahmad juga didakwa di mahkamah ekoran penganjuran perhimpunan mempertikaikan keputusan PRU di Kelana Jaya.

"

Hari ini, polis juga menyiasat kerajaan Pulau Pinang bawah Akta Himpunan Aman mengenai program perhimpunan yang dianjurkan di Padang Kota Lama pada 18 Mei 2013.

"Jelas sekali, semua ini merupakan cubaan pihak berkuasa untuk menghapuskan suara rakyat yang mempertikaikan kemenangan BN dalam PRU13 melalui taktik-taktik yang tidak sah," kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS