Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tangkapan Adam cetus kebangkitan, kata NGO
Diterbitkan:  May 20, 2013 11:01 AM
Dikemaskini: 7:21 AM

Tangkapan aktivis siswa Adam Adli akan menjadi pencetus kebangkitan anak muda dan akan menyemarakkan mood kemarahan rakyat terhadap dakwaan penafian demokrasi secara melampau oleh kerajaan, kata sebuah NGO anak muda.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, pada hari pertama tahanannya sahaja sudah 100 aktivis berkumpul bagi menunjukkan solidariti di hadapan lokap yang dihuninya.

NONE Badrul ( kanan ) yang lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan kenapa pemimpin Umno yang didakwanya berulang kali mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dan kebencian antara agama tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun ratusan laporan polis dibuat.

"Malah pemimpin Umno, proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set undang-undang," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Barul juga membidas menteri dalam negeri yang baru Datuk Zahid Hamidi apabila "memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat".

"Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan 'demokrasi yang mati'," katanya, merujuk kepada tulisan kontroversi Zahid di Utusan Malaysia baru-baru ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS