Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Pengerusi BN Kedah Datuk Muhkriz Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada Isnin, sehari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa di negeri itu setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Pada PRU13, Mukhriz memenangi kerusi DUN Ayer Hitam menewaskan Abd Ghani Ahmad daripada PAS dengan majoriti 2,446 undi.

Pada PRU12, beliau memenangi kerusi Parlimen Jerlun dan setelah Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009, Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mukhriz berkata beliau terharu dengan pelantikan itu yang dicadangkan oleh Najib, selaku Pengerusi BN.

"Alhamdulillah majlis pelantikan Menteri Besar Kedah berjalan lancar. Watikah pelantikan telah diserahkan kepada Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan mendapat perkenan Tunku Bendahara (Tunku Annuar).

"Saya bersedia untuk menggalas cabaran sebaik mungkin," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS