PULAU PINANG: Lebih 100 penyokong Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin DAP dan orang ramai, berkumpul di Kuil Kek Lok Si untuk menyaksikan 'protes botak', yang diketuai oleh Betty Chew - isteri Lim Guan Eng - untuk menentang politik wang.
"Acara ini dianjurkan oleh mereka yang menentang politik wang, oleh penyokong kita dan bukan oleh parti," kata Betty selepas membotakkan kepalanya.
Sementara itu di Kota Kinabalu, seorang lagi pemimpin Cabang PKR di Sabah melompat parti untuk menyertai BN - kali ini di Papar.
Akhbar T he Borneo Post melaporkan bahawa Abdul Aziz Abdul Hamid kini menyertai tiga lagi bekas pemimpin cabang PKR yang melompat parti selepas hari penamaan calon.
Papar ditandingi oleh calon sekutu baru Pakatan Rakyat PPPS, ahli politik veteran Datuk Yahya Lampong atas tiket PKR.
Beliau berdepan dengan penyandang Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Akhbar itu juga melaporkan bahawa calon Bebas Api-Api, Marcel Jude
Joseph (kanan) telah memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membuang 60,673 nama yang didakwa "meragukan" dalam daftar pemilih Sabah terutamanya di Api-api, Luyang dan Kota Kinabalu.
Peguam itu berkata, ini termasuk pengundi dengan alamat yang tidak lengkap, nama yang sama terdapat lebih daripada sekali, dan jantina yang salah dan lain-lain.