Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liu: S'gor mungkin batal kelulusan kondo Batu Caves

Kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek kontroversi kondominium Park Avenue di Batu Caves untuk mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, kata Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu.

NONE Kawasan tanah rizab yang terletak antara projek kondominium 29

tingkat itu dan Batu Caves adalah terlalu sempit, dan ini boleh menyebabkan batu runtuh dan ketidakstabilan tanah, kata Liu kepada Malaysiakini semalam.

"Projek ini adalah sangat dengan gua dan tidak ada langkah-langkah keselamatan yang mencukupi untuk mencegah batu runtuh," katanya sambil menambah bahawa sekarang pihaknya boleh membatalkan projek tersebut.

"Kami ada hak untuk membetulkan (kesilapan) masa lalu."

Liu berkata kerajaan negeri BN sebelumnya tidak sepatutnya meluluskan projek di tempat pertama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan dalam akhbar harian berbahasa Inggeris theSun pada hari Isnin bahawa surat JAS Selangor bertarikh pada 24 Januari 2007 kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menegaskan bahawa MPS telah meluluskan projek itu pada tahun 2007 walaupun dibantah oleh JAS.

Surat tersebut, salinannya diperolehi Malaysiakini , menyatakan dengan jelas bahawa JAS tidak menyokong projek tersebut.

Laporan cadangan pemajuan yang dikemukakan, tidak menyediakan tanah rizab yang mencukupi antara projek kondominium yang dicadangkan itu dengan bukit, yang dikehendaki di bawah dasar kerajaan negeri.

Oleh itu, jabatan berkenaan tidak menyokong pembangunan tersebut kerana ia mempunyai potensi untuk menyebabkan tanah runtuh dan masalah lain.

Satu lagi surat dari Jabatan Mineral dan Geosains di Selangor, yang salinannya juga diperolehi Malaysiakini , pula menyenaraikan lima syarat pembinaan yang perlu dipenuhi oleh pemaju.

Rancangan pembinaan kondominium tersebut berhampiran Kuil Sri Subramaniar yang bersejarah, menarik perhatian selepas jawatankuasa kuil itu, yang disokong oleh pemimpin tinggi MIC, termasuk bekas presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, mengetuai bantahan terhadap kerajaan negeri Selangor.

Isu itu timbul selepas jawatankuasa kuil itu yang disokong MIC mengadakan bantahan terhadap projek tersebut pada akhir bulan Oktober.

Batu caves condo near temple ronnie liu with map 2 Bagaimanapun, Liu kemudiannya mendedahkan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa kerajaan BN telah, pada tahun 2007, meluluskan projek kondominium itu.

Liu dilaporkan sebagai berkata bahawa Senator A Kohilan Pillay dari Gerakan dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dari MIC adalah antara mereka yang bertanggungjawab meluluskan projek tersebut.

Bagaimanapun, Kohilan dan Kamalanathan telah menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis mengenai perkara itu

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bahawa sebuah pasukan petugas bebas ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu.

Anggota pasukan petugas itu dijangka diumumkan hari ini, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS