Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIC seru kaum India bantah kondo dibina di Batu Caves

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menyeru kaum India dari seluruh negara supaya menyatakan bantahan mereka secara aman bagi menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat dalam kawasan Batu Caves.

NONE Katanya, kerajaan Selangor patut campurtangan dan menghentikan segera pembinaan kondominium tersebut.

    

Kerajaan negeri, tegasnya, tidak wajar mengambil risiko kerana kawasan itu adalah bukit batu kapur bukan granit seperti di Damansara.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata batu kapur mudah menyerap air dan mengembang terutama ketika hujan lebat.

"Kondo itu dan juga gua mungkin runtuh, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang sekiranya aktiviti pembangunan terus dibiar berlaku di situ," katanya dalam satu kenyataan.

    

Beliau berkata kerajaan Selangor harus mengenal pasti kawasan baru untuk projek kondominium tersebut.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS