Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kahwin, bersalin, sakit, mati darah daging Ali Rustam'

Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron tampil membela Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam kontroversi membabitkan perkahwinan anak lelaki beliau di Melaka baru-baru ini.

Menurutnya, Ali dikenali rakyat sebagai pemimpin yang akan memenuhi setiap jemputan rakyat baik majlis kahwin atau kematian.

Justeru, penganjuran majlis kahwin anak lelaki Ali dengan kehadiran ramai rakyat adalah sebahagian daripada amalan ketua menteri itu yang akrab dengan rakyat.

NONE "KBSM - kahwin, bersalin, sakit, mati - telah menjadi darah daging Ali Rustam.

"Dia tidak melakukannya hanya kerana politik, tidak seperti sesetengah pemimpin yang letak sejadah di bahu untuk menunjuk-nunjuk yang dia akan bersolat jenazah sedangkan umum tahu yang solat jenazah tak perlu sejadah pun," kata Idris kepada Malaysiakini .

Idris juga tidak terkejut dengan kesudian ramai tetamu ke majlis tersebut kerana menurutnya Ali Rustam sendiri pernah memenuhi 23 undangan kenduri kahwin rakyat dalam masa sehari.

"Dalam adat Melayu Melaka, adalah wajib memenuhi undangan dan apabila orang hadir ke majlis kita dan menyumbang, itu diistilahkan 'menanam'.

"Kita wajib membalasnya apabila tiba masa mereka mengundang kita pula. Jika orang tak minat, jemput sejuta orang pun tetamu tak datang.

"Saya tidak lihat majlis ini sebagai kontroversi tetapi kebahagiaan antara pemimpin dan rakyat atas ikatan tulen yang dibina sekian lamanya," katanya.

Umno Cheras: Mereka tak faham adat Melayu

Sementara itu, Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang kebiasaanya dilihat berani mengkritik Umno dari dalam turut mengambil pendirian mempertahankan Ali.

NONE Menurutnya isu itu dipolitikkan DAP Melaka yang tidak faham adab Melayu yang tidak mempersoalkan majlis perkahwinan terutamanya jumlah tetamu atau perbelanjaan.

"Yang peliknya pemimpin bukan Melayu seperti DAP yang suka buat isu.

"Pembangkang akan bangkang dan politikkan apa-apa sahaja isu jika babitkan pemimpin Melayu untuk alih sokongan rakyat," katanya.

Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong merangkap ADUN Ayer Keroh sebelum ini menggesa Ali Rustam mendedahkan perbelanjaan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin turut membuat laporan SPRM Melaka dan membangkitkan kemampuan Mohd Ali menganjurkan majlis tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS