Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan isu pendatang asing di Sabah bermula
Diterbitkan:  Oct 3, 2012 9:41 AM
Dikemaskini: 1:42 AM

Pegawai penyiasat yang dilantik Suruhanjaya Siasatan bagi menangani isu berkaitan pendatang asing di Sabah, memulakan siasatan mereka kelmarin.

    

Perkara itu disahkan Setiausaha Suruhanjaya tersebut Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan semalam.

    

Beliau berkata ini berikutan pentauliahan anggota suruhanjaya oleh Yang di-Pertuan Agong, berkuat kuasa 21 September lepas.

"Pendakwa raya telah melantik pegawai penyiasat mengikut peruntukan Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat apa-apa perkara berkaitan terma rujukan suruhanjaya itu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan terma rujukan suruhanjaya itu, antara lain, bermatlamat menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberi kad pengenalan atau kewarganegaraan.

    

Suruhanjaya itu juga akan menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah, yang memegang kad pengenalan biru, resit  pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang, telah didaftarkan dalam  daftar pemilih.

    

Ia diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan siasatan, bermula dari tarikh tauliah pelantikan pengerusi dan anggota suruhanjaya, iaitu pada 21 September lepas.

    

Laporan siasatan itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS