Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raja bola Abdul Ghani Minhat meninggal dunia

Raja bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu.

NONE Allahyarham, 77, menjalani pembedahan itu Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 10.34 pagi ini, kata adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail kepada Bernama hari ini.

    

Nik Kamaruddin berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru, di sini sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.

    

Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan wanita.

    

Di zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an,

Allahyarham yang bermain sebagai 'inside forward', merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.

        

Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham

banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.

    

Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.

    

Allahyarham pernah merangkul anugerah pemain bola sepak terbaik kebangsaan pada 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS