Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lim Kit Siang menampilkan saksi bagi menyangkal tuduhan beliau kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor semasa tragedi 13 Mei 1969, seperti pernah didakwa Facebook filem Tanda Putera .

NONE Ahmad Habib, 64, berkata, berdasarkan pengalamannya berada di kawasan rumah menteri pada 13 dan 14 Mei, dakwaan itu sama tidak benar kerana tiada seorang pun orang Cina di situ.

"Ketika itu kami semua diminta oleh pihak polis untuk berkumpul di kawasan rumah menteri besar pada ketika itu.

"Dan semasa kejadian, tidak ada seorang pun lelaki bangsa Cina yang berada di kawasan rumah menteri besar," kata Ahmad dari Pulau Pinang.

Ahmad ketika kejadian sedang menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM).

Pengarah Shuhaimi Baba pada 5 Ogos menjelaskan watak Lim tiada dalam filem itu dan foto beserta kapsyen dalam Facebooknya bukan berasal dari Tanda Putera , sebaliknya daripada orang ramai.

Kawasan dikawal ketat

Bagaimanapun, tambahnya, isu permohonan maaf berkenaan penyiaran gambar itu sepatutnya tidak timbul kerana ia dikeluarkan selepas dimaklumkan orang ramai.

Menurut Ahmad, sekiranya Lim berada di kawasan perumahan menteri besar yang dikawal ketat, mustahil untuk tokoh popular DAP itu kencing di tiang bendera tersebut.

NONE "Tiang bendera berada di dalam kawasan rumah menteri besar. Kawasan itu dikawal oleh pengawal keselamatan dan polis.

"Jika Lim Kit Siang kencing pada tiang bendera, mungkin dia ditangkap atau mungkin dia sudah tidak ada di sini lagi," kata Ahmad berseloroh.

Sehubungan itu, Ahmad yang kini merupakan seorang usahawan hartanah berkata lagi, beliau tampil hari ini bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Saya tak pernah jumpa Lim Kit Siang sebelum ini. Tak pernah kenal. Semalam baru pertama kali jumpa.

"Tapi selepas baca cerita di Malaysiakini dan saya berada di tempat kejadian, jadi saya suruh peguam saya menghubungi Lim untuk saya jelaskan perkara sebenar," kata Ahmad lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS