Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (Now) yang baru ditubuhkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berikrar akan menyiasat semua dakwaan rasuah, termasuk yang melibatkan Pakatan Rakyat.
Rafizi berkata, ini kerana Now serius dengan matlamat penubuhannya dan mahu memainkan peranan dalam jangka masa yang panjang.
"Tetapi mereka (pengadu) mestilah ada rahsia.
"Saya tidak akan layan dakwaan tanpa dokumen; saya tiada masa," kata Rafizi ketika pelancaran NGO itu di Sungai Besi pagi ini.