Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa pada 3 Mei biasanya datang dan pergi dengan sedikit keriuhan, tetapi lain pula halnya pada tahun ini.

NONE Semalam Malaysia menyaksikan satu percubaan terbesar oleh para wartawan untuk menyuarakan kebebasan akhbar dan mengambil pendirian keras terhadap kekasaran polis.

Bilik berita di seluruh negara menyaksikan ramai wartawan yang datang bertugas dengan berpakaian hitam - sebagai tanda protes, serta reben kuning - simbol yang digunakan untuk kebebasan akhbar.

Ia merupakan satu semangat perpaduan untuk belasan rakan-rakan mereka yang dikasari, diganggu dan diugut ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

NONE Malah, kebanyakan wartawan yang menghadiri satu sidang akhbar

polis di Kuala Lumpur semalam, berpakaian hitam, manakala jurugambar pula mengikat kain kuning di kamera masing-masing sebagai tanda perpaduan.

Beberapa wartawan yang bertugas The Star (kiri) dan akhbar-akhbar utama berbahasa Cina turut mengadakan hari 'Media in Black (MIB)' di tempat kerja mereka.

NONE Dan gambar-gambar mereka dikongsi di laman rangkaian sosial peribadi Facebook dan Twitter, manakala media cetak Cina pula menyiarkan gambar-gambar yang sama di laman rasmi Facebook mereka.

Media cetak Cina, yang petugasnya paling ramai dikasari polis Sabtu

lalu, tampil bergambar beramai-ramai sambil memegang kain rentang kebebasan akhbar, di depan pejabat masing-masing.

NONE Di stesen radio 988, deejay juga berpakaian hitam dan kuning, untuk bersama-sama rakan-rakan dari portal berita Malaysiakini, Merdeka Review, Free Malaysia Today dan saluran berita Astro Awani dan malah stesen TV kerajan - TV2 (foto di bawah).

Pembaca berita NTV7 Lee Siad Huey menulis di laman Facebooknya

bahawa rakan-rakannya di seksyen Mandarin memakai MIB, tetapi mengeluh kerana kurangnya sokongan daripada rakan-rakan mereka dari seksyen bahasa lain.

NONE Di The Sun dan Malay Mail , di mana wartawan kedua-duanya didakwa dikasari polis Sabtu lalu, petugasnya juga berpakaian hitam, bersama reben kuning.

Malah, wartawam The Sun, Radzi Razak, yang dimasukkan ke hospital

kerana kecederaan yang dialami pada hari berkenaan, turut menyiarkan gambarnya berpakaian hitam untuk memperingati hari tersebut di Twitter.

NONE Radzi (kiri) dan jurukamera al Hijrah , Mohd Azri Mohd Salleh telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang dialami semasa

membuat liputan di perhimpunan tersebut. Azmi cedera diserang peserta. Radzi dibenarkan keluar hospital pukul jam 7 malam semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS