Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilik Stadium Merdeka sedia timbang permohonan
Diterbitkan:  Apr 25, 2012 7:51 PM
Dikemaskini: Apr 26, 2012 7:15 AM

Pemilik Stadium Merdeka - Merdeka Heritage Trust - bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi satu perhimpunan hujung minggu ini.

    

Naib Presiden 1 Bahagian Pembangunan Pendidikan dan Komunikasi Korporat Permodalan Nasional Berhad (PNB), Aziz Anuar berkata, bagaimanapun permohonan tersebut adalah tertakluk kepada pihak penganjur perhimpunan, iaitu badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang, memenuhi syarat-syarat penggunaan stadium sedia ada.

    

Merdeka Heritage Trusts merupakan anak syarikat PNB.

    

Semalam, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia Datuk Jamil Salleh turut bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan setelah permohonan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka telah ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    

DBKL menolak permohonan penganjur kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS