Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Hassan: PERKASA bukan NGO pengganas
Diterbitkan:  Feb 22, 2012 3:47 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini menegaskan bahawa NGO itu bukan kumpulan pengganas dan oleh itu tidak ada sebab bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempertikaikan kehadiran isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - di majlisnya.

NONE “Sebagai PM, Najib hanya tidak boleh rapat dengan kumpulan pengganas. PERKASA bukan kumpulan pengganas. Apakah Guan Eng ingin katakan PERKASA sebagai kumpulan pengganas?

“Saya ingin bertanya juga, jika Guan Eng jadi PM, apakah Guan Eng akan jauhi PERKASA? soal setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali ( kiri ) dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau tindakan Lim mengaitkan kehadiran Rosmah ke Majlis Makan Malam Amal Wiranita PERKASA yang didakwa tidak selari dengan gesaan Najib yang kononnya memperjuangkan kesederhanaandengan adalah usaha Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan perdana menteri.

“Rosmah juga hadir pada majlis-majlis NGO lain. Mengapa dengan PERKASA sahaja jadi masalah kepada Guan Eng?

“Nampaknya DAP tidak ada 'peluru' lain nak rosakkan kepimpinan Najib dan untuk dapatkan  undi kaum Cina (sahaja),” katanya.

NONE Sabtu lalu, Rosmah hadir sebagai tetamu kehormat pada acara malam amal itu dan ketibaannya disambut oleh presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang juga dilaporkan mencium tangan isteri perdana menteri.

Sambil memuji Rosmah sebagai "srikandi negara" di hadapan kira-kira 700 orang penyokongnya, Ibrahim memberitahu isteri perdana menteri: "We all love you,".

Mengulas kehadiran Rosmah itu, Lim dalam kenyataan akhbarnya, Isnin lalu berkata Najib bermain permainan berbahaya dengan menyokong dan menaja PERKASA, manakala pada masa yang sama, kononnya menggalakkan kesederhanaan dan perpaduan negara melalui slogan 1Malaysia yang jelas kosong.

Justeru, beliau mahu kerajaan BN bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua perbuatan melampau dan kenyataan PERKASA  yang menghasut rakyat selama ini.

NONE Menurut Syed Hassan, PERKASA  menganggap kenyataan Lim itu sebagai “satu lagi cara anak kepada bapak segala rasis dalam negara ini untuk mendapatkan undi kaum Cina.”

“Pada PERKASA, Guan Eng yang bermain api. Sebagai PM, Najib bertanggungjawab kepada  semua lapisan masyarakat termasuk NGO pelbagai kaum termasuk juga Hua Zong dan lain-lain.

“PERKASA ucapkan selamat berangan-angan DAP untuk ke Putrajaya. Walau tidak dapat  menakluki Putrajaya, setakat berangan-angan pun boleh dikira satu kejayaan buat DAP,” sindirnya pula.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS