Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi tak harus berundur, kata Nik Aziz
Diterbitkan:  Jan 30, 2012 1:06 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONE Katanya, Abdul Hadi, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," kata Nik Aziz yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggesa Abdul Hadi supaya tidak berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Beliau menggambarkan pemimpin kanan PAS itu sebagai aset.

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib secara sinis 'mempersilakan' bekas exco kerajaan Selangor, Datuk Hasan Ali untuk terus memburuk-burukkan parti itu kepada umum.

azlan "Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan.

"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap PAS," kata Harun ( atas, kiri ) dipetik akhbar milik Umno itu.

Harun, sebelum ini dianggap sebagai sekutu Hasan kerana mempertahankan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu sebelum beliau dipecat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS