Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

NGO yang baru sahaja ditubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) kini sedang didesak oleh ahlinya supaya menjadi parti politik dan menyertai pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE Bagaimanapun, majlis pimpinan pusat Amanah - yang diasaskan beberapa ahli politik veteran Umno yang diketuai ahli parlimen Gua

Musang Tengku Razaleigh Hamzah - masih belum membuat keputusan, kata timbalan pengerusinya, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dalam temubual dengan Malaysiakini.

 

"Kami benar-benar ditekan khususnya (ahli) dari Sabah dan Sarawak. Ahli yang menyertai AMANAH sebagai NGO - tetapi NGO politik - mereka memang mahu AMANAH menjadi parti politik dan menyertai pakatan pembangkang, tidak menjadi 'third force' atau seumpamanya.

"Tetapi sebagaimana maklum, kami masih bergerak sebagai NGO, jadi saya tidak boleh menjawab apa yang berlaku pada masa depan. Sebaliknya saya boleh beritahu, sebahagian besar ahli kami,

termasuk pemimpin AMANAH, benar-benar mahu AMANAH menjadi parti politik dan membuat sesuatu yang konkrit untuk membawa perubahan," katanya.

NONE Kadir yang juga bekas menteri pelancongan berkata, walaupun AMANAH masih belum mempunyai program yang khusus, pihaknya telah mempunyai kira-kira 10,000 ahli, kebanyakannya dari Selangor, Sabah dan Sarawak.

Pertubuhan yang dilancarkan pada Julai dan mendapat didaftar rasmi sejak November lalu, bertujuan untuk menghidupkan "semangat kebersamaan dan semangat satu keluarga sebenar di kalangan rakyat Malaysia sejak kemerdekaan".

NGO ini menjadi pentas beberapa pemimpin BN yang lantang bersuara antaranya Tengku Razaleigh, Kadir, bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas timbalan presiden MIC S Subramaniam, pemimpin parti komponen BN, Sabah Pasokmomogun (Upko), Wilfred M Bumburing.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS