Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata beliau sedia meninggalkan DAP jika diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa pusat eksekutif berhubung dakwaan beliau melabelkan pengerusi parti itu, Karpal Singh sebagai ‘godfather’ atau ‘bapa angkat.
Katanya, beliau tidak berniat memperkecilkan mana-mana pemimpin DAP dan tidak bertujuan membidas mereka dengan dengan sebarang kenyataan yang kontroversi.
Menurut Ramasamy beliau bersedia berbincang dengan Karpal Singh jika pemimpin veteran itu merasakan dirinya dihina dengan kenyataan berkenaan dan menuntutnya membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan tersebut.
"Jika perlu, saya boleh mohon maaf. Tetapi, saya juga mesti diberi muka. Saya bukan orang biasa, saya juga mempunyai maruah. Sekiranya parti mahu saya tinggalkan DAP, saya akan tinggalkan,” katanya kepada 1,000 perwakilan pada konvensyen tahunan DAP negeri di Pulau Pinang, hari ini.
"Saya tidak berminat memegang kuasa atau mengejar kedudukan. (Saya katakan ini) kerana ada dakwaan dan komplot (menuduh) saya sedemikian," katanya.
[Baca berita penuh]