Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Noramfaizul dianugerah Kesatria terbilang
Diterbitkan:  Nov 30, 2011 1:22 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

Pemuda Umno hari ini mengiktiraf jurukamera BernamaTV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban semasa mengikuti misi kemanusiaan di Somalia dengan Anugerah Kesatria Terbilang.

The mother of 39-year-old Bernama TV journalist Noramfaizul Mohd Nor 1 Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid ketika mengumumkan anugerah itu menganggap Noramfaizul sebagai seorang pejuang yang berani.

    

Anugerah yang diadakan kali kedua itu disampaikan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kepada ibu Noramfaizul, Naemah Abd Majid, 63 dan balunya, Norazrina Jaafar, 37, sebelum menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan agung pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Tan Sri Omardin Mauju erupakan penerima pertama anugerah tersebut pada tahun lepas.

    

noramfaizul mohd nor Noramfaizul, 39, yang turut dianggap 'Wira Malaysia Sebenar' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkorban akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia, pada 2 September lepas.

    

Di majlis itu, Khairy turut menyampaikan Anugerah Khas Pemuda Umno Malaysia yang julung kali diadakan kepada Ketua Pemuda Sabak Bernam Abdul Samad Dawood di atas jasa beliau menyelamatkan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang hampir lemas pada Jun lalu di Sungai Besar.     

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS