Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes rasuah Ling: Dr M tak buat laporan polis, kata saksi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahupun menteri-menteri kabinet lain, tidak membuat sebarang laporan polis yang mendakwa diri mereka ditipu berhubung perjanjian pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

altantuya razak baginda mongolian murder 270607 wong kian kheong Pegawai penyiasat kes itu, R Rajagopal memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sepanjang pengetahuannya tiada aduan yang dibuat dari 1999 hingga 2002.

Ketika diperiksa balas oleh peguam bela, Wong Kian Kheong ( kanan ), beliau berkata polis telah merekodkan kenyataan daripada Mahathir pada 15 Ogos tahun ini, dan dari seorang lagi bekas perdana menteri, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 3 Mac tahun lalu.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan apa yang mereka diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin negara itu.

Rajagopal merupakan saksi pendakwaan terakhir dalam perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang juga bekas presiden MCA.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon dan faedah.

azlan Beliau juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Ling, 68, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Perbicaraan bermula pada 1 Ogos lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS