Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah ketepi rayuan timbalan speaker Perak
Diterbitkan:  Oct 27, 2011 4:21 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Timbalan Speaker Perak Datuk Hee Yit Foong hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan saman berhubung kes botol penyembur serbuk lada semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, pada 7 Mei 2009.

    

NONE Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie menolak rayuan Hee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman yang difailkan oleh ADUN kawasan Aulong Yew Tian Hoe terhadap Hee.

    

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Sulong berkata tiada sebab bagi mahkamah untuk meminda keputusan Mahkamah Tinggi memandangkan Pesuruhjaya Kehakiman telah membuat keputusan berdasarkan keterangan yang dikemukakan di hadapan beliau.

    

Mahkamah turut mengekalkan keputusan yang dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Tarmizi Abd Rahman pada 14 Jun tahun ini, yang membenarkan permohonan injunksi Yew untuk menghalang Hee daripada melakukan salahguna atau serangan terhadapnya di masa depan.

Rayuan balas

    

Hakim Sulong yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Clement Allan Skinner, bagaimanapun, membenarkan rayuan balas Yew terhadap Mahkamah Tinggi yang tidak membuat sebarang keputusan mengenai gantirugi yang dituntut beliau dalam saman itu.

    

hee yit fong perak state assembly chaos 070509 03 Mahkamah Rayuan membenarkan bayaran RM100 sebagai gantirugi nominal kepada Yew. Mahkamah turut memerintahkan Hee membayar kos RM20,000 kepada Yew.

    

Pada 26 Jun 2009, Yew memfailkan saman terhadap Hee selepas Hee mengugut dan menyerang beiau dengan botol penyembur serbuk lada di muka terutamanya di mata kiri semasa mereka menghadiri perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, pada 7 Mei 2009.

    

Beliau berkata insiden itu berlaku di hadapan anggota DUN yang lain, dan akibatnya beliau mengalami kesakitan dan kecederaan di mata kiri, kekejutan gelisah dan kesengsaraan mental, kejatuhan harga diri, penghinaan, kerugian maruah dan gangguan mental.

Serbuk lada

    

Dalam pernyataan tuntutannya, Yew turut mendakwa Hew adalah seorang yang tidak menyesal dan berbohong kepada media dengan mengatakan botol penyembur lada itu adalah rantai kunci hotel atau pemacu cakera padat mudah alih (pen drive) sebelum mengakui bahawa alat itu sebenarnya botol penyembur serbuk lada.

    

hee yit fong perak state assembly chaos 070509 01 Beliau berkata Hew enggan dan gagal meminta maaf walaupun diberi peluang dan beliau mendakwa kelakuan defendan itu berniat jahat serta zalim.

    

Beliau membuat laporan polis berhubung insiden itu di balai polis Taiping.

Antara lain, beliau memohon gantirugi teruk dan ganti rugi teladan selain kos, faedah dan relif lain yang ditentukan wajar oleh mahkamah, serta injuksi untuk menghalang Hee atau pekerja atau ejennya daripada melakukan salahguna, ancaman atau serangan terhadapnya dengan apa juga cara sekalipun.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS