Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menjadi wartawan bukan satu kerjaya seperti seorang akauntan, arkitek atau peguam.

Ini kerana seseorang individu tidak perlu lulus dalam peperiksaan khas untuk ditauliahkan menjadi wartawan. Umpamanya akauntan perlu mengambil peperiksaan Akauntan Awam Bertauliah (CPA) sebelum diberikan lesen menjalankan kerjaya.

NONE Dalam ertikata lain sesiapa saja yang berminat untuk menjadi wartawan boleh menceburinya dengan memulakan penulisannya. Mereka boleh memilih untuk bertugas di media cetak atau media elektronik, yang semakin berkembang di negara ini.

Jika mereka bercadang untuk menulis di blog, mereka adalah blogawan atau blogger dan bagi penulis mereka bukanlah wartawan dalam pengertian sebenar tetapi lebih kepada kolumnis.

Ini kerana seseorang wartawan adalah individu yang menulis di organisasi yang mengeluarkan produk berita seperti akhbar atau buletin tertentu.

NONE Namun, mereka yang bekerja di alam siber seperti portal berita bolehlah dikategorikan sebagai wartawan atau lebih tepat wartawan alam maya. Kebanyakan mereka juga pernah bekerja di media cetak atau elektronik.

Bagaimanapun, ada juga pandangan yang menyatakan wartawan merangkumi semua yang bergiat dalam bidang penulisan termasuk juga penulis novel.

Perlu dinyatakan bahawa ada dua kaedah latihan seorang wartawan iaitu pertama mereka yang mendapat pendidikan asas dalam bidang kewartawanan di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Etika kewartawanan

Mereka juga mungkin mendapat bimbingan dalam kursus kewartawanan tertentu yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) atau wartawan terkemuka. Kedua ialah mereka yang tiada pendidikan asas tetapi belajar menerusi latihan di organisasi tempat kerja yang membolehkan mereka terbentuk menjadi seorang wartawan.

azlan Namun, perkara pokok untuk menjadi wartawan ialah bakat menulis dan minat mendalam dalam bidang penulisan sehingga mampu menghasilkan berita dan laporan yang baik dan jujur. Ini penting sejajar dengan Etika Kewartawanan.

Sehubungan itu, penubuhan Majlis Perundingan Media Negara (MPMN) yang diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, pada malam Hari Kewartawanan Malaysia Jumaat lalu adalah satu langkah kehadapan dalam memperbaiki institusi media negara.

Ini penting sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ingin melihat satu kerjasama erat di antara media dan kerajaan terutama dalam menghasilkan berita yang bermutu, tepat dan kreatif.

azlan Ia juga boleh menuju ke arah mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya yang suci dan jujur.

Ketika berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia itu, Rais berkata kerajaan bercadang menubuhkan MPMN bagi membolehkan semua perkara berkaitan dibincangkan secara harmoni antara kerajaan dengan media.

Menurutnya, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mewujudkan majlis berkenaan, yang dijangka dibentang kepada Kabinet tahun ini.

Peringkat pertemuan

NONE Ketika ini, kedua-dua pihak sedang dalam peringkat pertemuan serta perbincangan bagi merangka bentuk majlis berkenaan, sebelum satu rangka lengkap dapat disiapkan secepat mungkin.

Kita akan membincangkan perkara berkaitan media, antaranya kebebasan media dan tanggungjawab wartawan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang sudah sedia ada, supaya kebebasan media itu dapat diamalkan secara positif." katanya.

Rais berkata penubuhan majlis itu juga bertujuan mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya suci dan jujur. MPMN diwujudkan untuk kebaikan negara, terutama dalam proses melaporkan berita berkualiti serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan MPI, pengamal media arus perdana dan media baru untuk berbincang sistem dan rangka majlis berkenaan supaya ia dapat menghimpunkan seramai mungkin pengamal media di dalam negara ini.

"Pengamal media di dalam majlis ini akan dapat berbincang dalam satu forum yang lebih luas dan ia akan bergandingan erat bersama kerajaan," katanya.

'Neuutral'

a kadir jasin interview 060705 smile Penubuhan majlis itu diharap dapat mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungjawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media.

Dalam perkembangan yang sama, seorang wartawan dan pengarang berpengalaman, Datuk A Kadir Jasin bersetuju dengan kebanyakan hujah Rais dalam analisisnya ketika menyampaikan ucapannya itu terutama sekali aspek saling sokong menyokong antara media tradisional dan media baru serta pentingnya kesemua pihak mengamalkan tahap etika dan tanggungjawab yang tinggi.

"Atas kesedaran itu, saya neutral mengenai penubuhan Majlis Perundingan Media. Kalau ia dapat mempertingkatkan kredibiliti dan integriti media massa agar dapat berfungsi sebagai “fourth estate” yang bebas dan bertanggungjawab saya menyokongnya.

“Jadi amatlah penting keanggotaan majlis itu mencerminkan sifat dan corak media massa kontemporari Malaysia. Seelok-eloknya, ia juga turut diwakili oleh pemimpin-pemimpin masyarakat sivil yang berwibawa," kata Kadir.

NONE Menurut Kadir yang kini adalah Ketua Pengarang Berita Publisihing Sdn Bhd, dalam pengalamannya berurusan dengan jabatan dan agensi yang “berkuasa” ke atas media massa, ada kalanya beliau berasa sangat takut dan hampa kerana pegawai yang ditugaskan itu jelas amat cetek dan hambar pengetahuannya mengenai media.

"Jadi perundingan di peringkat tertinggi diharap dapat mengatasi masalah penguatkuasaan sesuka hati (arbitrari) dan berpilih-pilih." katanya.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.

Datuk Ibrahim Yahaya adalah penasihat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia dan editor berita di Berita Harian.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS