Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perhilitan nafi ular raksasa Sg Siput
Diterbitkan:  Jul 28, 2010 6:07 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini menyangkal laporan penemuan seekor ular raksasa di hutan Sungai Siput dekat sini baru-baru ini seperti yang disiarkan

sebuah akhbar hari ini.

Pengarahnya Shabrina Shariff berkata pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati tiada laporan atau kes penemuan ular raksasa di kawasan berkenaan.

NONE "Kita juga mendapati gambar (yang disiarkan akhbar itu) itu dapat dilihat dalam internet melalui pelbagai laman web...gambar yang berasal dari China itu disebarkan sejak tahun 2009," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut laporan akhbar berkenaan, ular raksasa itu dijumpai oleh sekumpulan pekerja balak di hutan Sungai Siput baru-baru ini dan ular berkenaan kemudiannya dibunuh.

Shabrina berkata Perhilitan juga sebelum ini pernah melihat gambar seperti itu yang disiarkan sebuah akhbar di Sabah selain laporan mengenai dakwaan penduduk di Paloh Inai, Pahang pada Mac lepas mengenai penemuan ular raksasa.

Beliau berkata memang terdapat ular besar di Malaysia seperti ular sawa tetapi belum pernah dijumpai sebesar itu.

--Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS