Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan penggiat hak haiwan - bersama seekor maskot tikus putih - berkumpul di hadapan Pejabat PesuruhjayaTinggi India di Kuala Lumpur bagi membantah rancangan sebuah syarikat ubat-ubatan India yang mahu membina makmal uji kaji haiwan di Melaka.

  NONE Dalam bantahan anjuran People for The Ethical Treatment of Animal (PETA) Asia dan Society for the Prevention of Cruelty to Animal Selangor (SPCA) kira-kira 15 orang, termasuk ratu cantik berkumpul di bangunan tersebut pada jam 1.00 petang tadi.

Dalam bantahan ringkas 15 minit, mereka membawa pelbagai sepanduk anti-uji kaji haiwan dan syarikat India terlibat Vivo Bio Tech.

Ratu cantik MalaysiaThanuja Aanandhan ( kiri ) turut hadir.

Antaranya bertulis "keluarkan uji kaji kejam haiwan daripada Malaysia" dan " Vivo bio tech: Keluar daripada Malaysia".

Mereka juga menyerahan satu memorandum bantahan kepada seorang setiausaha kedua di pejabat pesuruhjaya tinggi itu Birval Arnand di hadapan bangunan berkenaan.

Sementara itu, pengurus kempen itu Rochell Regodon - aktivis PETA daripada Manila - berkata pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan makmal tersebut kerana haiwan bukanlah bahan uji kaji.

NONE "Kita tidak mahu haiwan semakin pupus jika dijadikan bahan uji kaji”, kata Rochell.

Manakala Pengerusi (SPCA) Christine Chin pula memberitahu pemberita, beliau berharap pihak kedutaan India dapat mempertimbangkan bantahan mereka hari ini.

"Jangan membuat uji kaji terhadap binatang!" jelasnya lagi.

Selain itu, katanya, sebanyak 6304 orang turut membantah uji kaji binatang melalui petisyen dalam laman web mereka.

Bantahan hari ini yang kedua diadakan sejak perancangan penubuhan uji kaji haiwan itu diumumkan pada April lalu.

Bantahan pertama diadakan di Petaling Jaya oleh SPCA, British Union for the Abolition of Vivisection (Buav) dan European Coalition to End Animal Experiments (ECEAE).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS