Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kempen bantah lesen judi dilancarkan esok
Diterbitkan:  Jun 4, 2010 12:32 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Gabungan pembangkang dan NGO akan melancarkan kempen besar-besaran mereka bagi mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi sukan di sebuah kompleks membeli belah di tengah-tengah ibu negara esok.

NONE Kumpulan itu yang bergabung bawah Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan diadakan di hadapan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman pada jam 2 petang esok.

Setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata pelancarakan gerakan meraka akan turut dihariri oleh pimpinan NGO, ulama dan parti politik.

"Saya mengajak semua pihak agar sama-sama memberi sokongan melalui kehadiran dalam perlancaran kempen ini," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.

Pihaknya juga menggariskan sembilan kesan negatif yang mungkin berlaku ekoran tindakan kerajaan memperkenalkan lesen judi di negara itu, iaitu:

- Keruntuhkan mutu sukan negara.

- Mendorong rakyat bergantung kepada nasib.

- Menurunkan produktiviti negara.

- Meruntuhkan institusi keluarga.

- Meningkatkan gejala sosial.

- Meningkatkan kadar jenayah.

- Meningkatkan beban hutang rakyat.

- Meruntuhkan ekonomi negara.

- Menyalahi dasar-dasar semua agama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS