ADS
Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia mampu tangani kegiatan ekstrem, radikal
Diterbitkan:  Apr 14, 2010 1:27 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Malaysia mampu berdepan dengan pelbagai bentuk kegiatan ekstrem dan radikal melalui tadbir urus yang baik, ketelusan, demokrasi yang subur, kekuatan ilmu rakyatnya dan pertumbuhan ekonomi yang saksama, kata Datuk Seri Najib Razak.

NONE Perdana Menteri berkata Malaysia dapat menghadapi cabaran mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatannya.

"Kami adalah satu keluarga dan Malaysia adalah tanah air kami. Kami adalah 1Malaysia di mana rakyat diberi keutamaan dan pencapaian dititik beratkan.

"Asas 1Malaysia ialah Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," katanya pada jamuan malam "Wajah-wajah 1Malaysia" di hotel Mandarin Oriental di Washingthon yang turut dihadiri beberapa pembuat dasar Amerika Syarikat.

Najib berkata Malaysia juga telah membuktikan bahawa sebuah negara Islam boleh menjadi demoktratik, bersatu, progresif, bertolak ansur dan kompetitif dalam bidang ekonomi.

ADS

Ja 1Malaysia muan malam itu adalah sebahagian daripada festival "Wajah-wajah 1Malaysia" yang diadakan di sini untuk memberi peluang kepada rakyat Amerika mengetahui lebih mendalam mengenai kekayaan pelbagai budaya dan seni Malaysia.

Festival itu dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama pelbagai agensinya selain Tourism Malaysia, Sutra Dance Theatre dan Permata Seni Muzik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS
ADS
ADS