Bekas CEO Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), P Chithirakala hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan isterinya, serta akhbar Tamil Nesan.
Dalam saman berasingan itu, Chithirakala mendakwa ketiga-tiga pihak berkenaan telah memfitnahnya berhubung insurans institut tersebut.
Chithirakala dan suaminya K Vasu menyaman Samy Vellu berhubung kenyataannya bahawa dia (Chithirakala) telah mengambil wang insurans MIED - syarikat pendidikan MIC - dan mengalihkannya ke sebuah syarikat milik suaminya.
Dalam samannya terhadap isteri Samy Vellu pula, Chithirakala mendakwa Datin Sri Indrani telah membuat kenyataan memfitnah berhubung karektor dan kerja profesioanlnya yang disiarkan dalam Malaysiakini, yang turut diterjemah oleh Makkal Osai.
Chithirakala menamakan akhbar Tamil Nesan dan ketua editornya, K Padmanaban kerana menyiarkan lidah pengarang yang didakwanya telah memfitnahnya dan keluarganya.
[Baca berita penuh]