Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes pertama H1N1 di Sarawak
Diterbitkan:  Jun 23, 2009 9:45 AM
Dikemaskini: 12:00 PM

Pelajar 23 tahun Universiti Swinburne di kampus Kuching menjadi mangsa pertama disahkan menghidap influenza A (H1N1) di Sarawak, kata timbalan ketua menteri malam tadi.

Tan Sri Dr George Chan menambah, pelajar itu dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Besar Sarawak (SGH) di Kuching sejak kelmarin apabila menghidap deman selepas kembali dari Melbourne, Jumaat lepas.

Pelajar berkenaan pergi ke Melbourne untuk mengambil peperiksaan, lapor Bernama .

Dr Chan berkata seramai 21 penumpang berada dalam pesawat bersama mangsa iaitu penerbangan MH2504 dari Kuala Lumpur ke Kuching, penerbangan sambungan selepas tiba di lapangan terbang KLIA dari Melbourne dengan menaiki pesawat MH128.

Beliau menggesa ahli keluarga dan rakan yang berada bersama mangsa sejak kepulangannya supaya mengambil langkah berwaspada bagi mencegah penularan wabak itu.

Dr Chan berkata penumpang lain yang berada dalam penerbangan sama dengan mangsa supaya mengkuarantinkan diri dan dinasihat mendapatkan pemeriksaan di hospital berhampiran jika mempunyai tanda-tanda selesema atau demam, lapor agensi berita itu lagi.

Selain SGH, katanya, rawatan untuk penyakit seperti selesema boleh

diperolehi di Pusat Perubatan Sarawak di Samarahan dan hospital di Miri, Sibu dan Bintulu.

Tambahnya, penduduk di negeri itu tidak harus panik dengan kes terbaru tersebut tetapi memberi kerjasama kepada pihak berkuasa kesihatan dengan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan wabak itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS