Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Enam senator baru angkat sumpah
Diterbitkan:  Apr 9, 2009 1:57 PM
Dikemaskini: 4:20 PM

Selepas pengumuman senarai kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini, lima pemimpin BN dan seorang pegawai kanan tentera mengangkat sumpah sebagai senator untuk membolehkan mereka berperanan sebagai menteri dan timbalan menteri.

Senarai senator baru itu:

bullet button Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilantik menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat,

bullet button Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mengendalikan portfolio perpaduan dan prestasi,

bullet button Ketua Pemuda Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun - timbalan menteri menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat,

bullet button Bekas timbalan menteri kewangan, Datuk Awang Adek Husin - kembali kepada jawatan yang sama,

bullet button Ketua bahagian Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - menteri Wilayah Persekutuan, dan

bullet button Mejar Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - menteri di JPM yang mengendalikan hal-ehwal Islam.

Kesemua enam anggota baru Dewan Negara itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuanya, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawan Teh di kamar beliau tepat pukul 4 petang.

six new senators 090409

Selepas gagal mempertahankan parlimen Lembah Pantai dalam pilihanraya umum lalu, Shahrizat dilantik penasihat kepada perdana menteri dalam hal-ehwal wanita.

Dalam pemilihan baru ini, beliau menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz untuk memimpin pergerakan penting Umno.

Awang Adek pula bekas penolong gabenor Bank Negara dan bergiat serius dalam politik apabila dipilih sebagai timbalan ketua Umno Bachok pada 2001.

Beliau memenangi kerusi parlimen Bachok dalam pilihanraya 2004 dan dilantik sebagai timbalan menteri kewangan.

Bagaimanapun, beliau tewas dalam pilihanraya umum 2008.

Manakala Chew merupakan bekas setiausaha parlimen di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Raja Nong Chik pula seorang ahli perniagaan dan pemimpin Umno.

Manakala Jamil Khir merupakan pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS