ADS
Paling Popular
Terkini

Tahniah Donald Trump atas pelantikannya sebagai presiden ke-47 Amerika Syarikat (AS) hari ini. Diharapkan pertukaran penghuni Rumah Putih itu akan membawa perkembangan positif, khususnya dalam menghentikan peperangan dunia.

Ketika kempen pilihan raya presiden, Trump pernah berjanji mahu menamatkan dua-dua perang membabitkan Israel-Hamas dan Rusia-Ukraine supaya AS boleh fokus terhadap perkara lain.

Gencatan senjata sementara sudah dikuatkuasakan bermula hari Ahad di Gaza. MCA berharap bumi Palestin terus aman dan bantuan kemanusiaan serta pembinaan semula boleh dilaksanakan secepat mungkin.

Seterusnya, diharapkan perang Rusia-Ukraine yang sudah berlarutan hampir tiga tahun serta menggugat ekonomi antarabangsa dapat dihentikan segera, demi kebaikan dunia sejagat.

MCA juga yakin Malaysia selaku pengerusi Asean 2025 akan memainkan peranan penting dalam menyumbang keamanan dunia.


ADS

NICOLE WONG ialah pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi MCA.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS