ADS
mk-logo
Surat
SURAT | Dapsy tak seharusnya ulas sentimen yang berkaitan umat Islam
Diterbitkan:  Jan 13, 2025 10:00 PM
Dikemaskini: 2:00 PM

Saya terbaca satu kenyataan maklum balas Dapsy berkaitan kenyataan Dr Akmal Salleh tentang keraguan sijil halal ham and cheese sandwich.

Suka saya ingin nyatakan kepada Kepimpinan Dapsy agar tidak mencampuri urusan sentimen Hal Ehwal Islam kerana ia akan lebih mengeruhkan keadaan.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Akmal adalah wajar berlandaskan konsep Islam. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na'im Mokhtar juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa produk tersebut tidak mempunyai sijil halal.

Oleh itu, Kepimpinan Dapsy diharap dapat mengutarakan kesalahan yang dilakukan oleh pihak terbabit serta membuat laporan polis terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal kerana kepimpinan Dapsy amat mengharapkan keharmonian perpaduan berbilang kaum.

ADS

Sama-sama kita nantikan apakah kepimpinan Dapsy akan mengambil tindakan selanjutnya dalam perkara ini.


MUHD ARSHAD ABDUL RAHMAN ialah presiden Ihsan Muda Pulau Pinang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS