Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Sindiket ‘counter setting’: Masa bersihkan Malaysia dari rasuah secara total

Tahniah diucapkan kepada pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kejayaan dalam misi membanteras gejala rasuah di pintu masuk negara.

Penemuan wang tunai berjumlah hampir sejuta ringgit di dua lokasi berbeza yang dikaitkan dengan sindiket membawa masuk warga asing melalui laluan kaunter khas atau 'counter setting' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan berita kemenangan buat rakyat Malaysia.

Sebagaimana kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, wang tunai yang ditemukan itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan RM1.49 juta yang berjaya disita daripada penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’.

Tinggi harapan Pemuda MCA agar sindiket ini dapat ditumpaskan dan pelakunya diburu sampai ke lubang cacing serta diheret ke muka pengadilan. 

Jenayah yang dilakukan itu amatlah jijik dan berupaya menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

Pemuda MCA juga berharap orang ramai terus menyalurkan maklumat sahih kepada pihak berkuasa tanpa rasa gentar kerana usaha membanteras jenayah adalah tanggungjawab kita bersama dan ini adalah masa terbaik untuk membersihkan Malaysia daripada gejala rasuah secara total.


NEOW CHOO SEONG ialah ketua penerangan Pemuda MCA.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS