Most Read
Most Commented
Read more like this

Untuk mencari kebenaran memang susah dari mencari kesilapan orang lain. Namun apalah erti kemenangan jika kemenangan itu datang dari hasil tipu daya atas penyalahgunaan akal manusia itu sendiri.

Walaupun akal semestinya berkuasa mengawal diri, kadangkala nafsu tetap akan cuba mempengaruhi akal itu sendiri dan akal akan tetap di pergunakan untuk sesuatu tujuan. Persoalannya, adakah akal kita telah mengimbangi persoalan sewajarnya?

Bagaimana kita mahu mengetahui akal itu membuat keputusan tanpa di pengaruhi oleh nafsu, tanpa ada rasa dendam,hasad dengki atau tipu dusta semata mata.

Bagaimana mencari seorang pemimpin yang boleh menghalusi situsi ini boleh memainkan peranan penting dalam mentadbir tubuh dengan tiga perkara - akal, nafsu, emosi - yang semua ini kurniaan Tuhan.

Pemimpin yang tenang dalam pentadbiran dirinya tenang dalam pentadbiran daerahnya.

Ada pemimpin yang berjaya dengan menjatuhkan orang lain dan ada pemimpin yang berjaya atas sokongan ( kira macam bodek) orang lain.

Sedangkan kira seharusnya mencari pemimpin yang boleh memimpin diri kita ke arah yang lebih positif memang setiap orang itu ada kelemahan dan kelebihan. Tetapi, jika diselidiki dalam, kelebihan itu juga ada kelemahan.

Dan dalam kelemahan itu juga ada kelebihan. Semua ini bergantung pada emosi kita, siapa yang mempengaruhi emosi itu - akal atau nafsu?

Nafsu juga adalah kurniaan Tuhan. Jika tidak digunakan bererti kita tidak mensyukuri kurniaan Tuhan. Apa akan jadi kalau pemimpin tidak ada nafsu untuk berjuang mencari kebenaran ?

Persoalannya, dimanakah letaknya kebenaran itu sendiri? Siapakah yang akan menjadi mangsa kiranya kebenaran itu tidak di temui?

Sudah tentu aku, kau, dia, mereka dan kesemuanya

Aduka Duke of Johor


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS