Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Banyak keistimewaan pada GLC tapi terus rugi
Diterbitkan:  Mar 7, 2024 3:00 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

Berdasarkan laporan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), amat perlu kerajaan menyegerakan semakan menyeluruh melalui pengauditan forensik terhadap sebab-musabab yang membawa kepada berterusannya kerugian serta keperluan menutup segera agensi seperti anak anak syarikat GLC/GLIC yang tidak menunjukan tanda-tanda pemulihan kedudukan kewangan.

Agensi bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan) harus memulai langkah segera ini dan menghadkan bilangan ahli lembaga pengarah terutama di kalangan penjawat awam yang terlalu banyak dilantik dalam beberapa agensi dan menjejaskan tumpuan kepada perkembangan agensi termasuk juga tugas hakiki.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga mesti menumpukan kepada kedudukan ini dan tidak hanya memberi tumpuan kepada kebocoran cukai di kalangan perniagaan swasta sahaja. 

Terdapat banyak GLC dan GLIC termasuk di peringkat negeri yang mengalami kerugian besar dan berterusan namun mendapat keistimewaan termasuk pengecualian cukai tetapi masih tidak menunjukkan kejayaan pengurusan kewangan malah rugi asas yang berterusan.


AZAN ISMAIL ialah bekas pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu dan bekas anggota parlimen Kuala Terengganu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS