SURAT | Pada tahun 2024 kita akan saksikan penerusan era aneka-krisis di mana kesejahteraan setiap rakyat Malaysia dan negara secara keseluruhan akan terkesan dengan faktor sejagat
Daripada konflik geopolitik di Eropah Timur, Timur Tengah malah di Asia Timur, pemanasan global, kemusnahan alam yang lain, kehilangan dan penggantian pekerjaan disebabkan oleh kecerdasan buatan (AI) dan kemajuan teknologi lain.
Berdepan dengan cabaran global sebegini, rakyat Malaysia harus sedar bahawa kita bukan musuh antara satu sama lain. Malah, krisis boleh membangkitkan sesuatu yang
terbaik dalam diri kita. Semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia membantu satu sama lain tanpa mementingkan diri dengan semangat “kita jaga kita”, tanpa mengira etnik, agama atau afiliasi politik.
Bak kata pepatah Melayu, “menang sorak kampung tergadai”. Kemenangan sebegitu adalah kemenangan kosong. Jika kita gagal mempersiap siaga diri untuk menukar
dugaan menjadi peluang, semuanya akan rugi. Sesiapa yang membentuk kerajaan seterusnya akan mewarisi ekonomi yang lesu dan rakyat yang tidak berpuas hati.
Walaupun kita mungkin bersaing antara satu sama lain, sebagai individu atau dalam pelbagai kumpulan, nasib kita terikat antara satu sama lain. Apabila wabak, bencana
alam dan ketidaktentuan ekonomi melanda kita, tiada satu komuniti pun yang selamat. Kita tenggelam atau berenang bersama.
Realiti yang genting ini memerlukan perdamaian politik dan kestabilan bersifat demokratik supaya kita dapat berganding bahu menghadapi cabaran sejagat yang amat besar.
Kami menyeru semua institusi, organisasi dan individu yang cintakan Malaysia untuk bekerjasama ke arah penegasan cita-cita yang berikut, yang asalnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan didukung dalam Rukun Negara.
1. Raja Berperlembagaan, di mana semua Raja-Raja berkedudukan mulia, melangkaui sempadan politik dan menyerahkan tadbir urus negara kepada pemimpin yang dipilih rakyat agar institusi diraja tidak dinodai kontroversi atau polemik dan berperanan menyatukan semua rakyat Malaysia dan rakyat negeri masing-masing merentasi perbezaan sosio-politik.
2. Demokrasi Berparlimen, di mana kuasa eksekutif dengan jelas berasaskan keyakinan majoriti daripada ahli parlimen, dan dipantau, disemak dan diimbang oleh ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen penyokong kerajaan (backbenchers), melalui jawatankuasa pilihan, perbahasan dan soal jawab di Parlimen.
3. Federalisme, di mana kuasa diagihkan secara bermakna antara kerajaan persekutuan, wilayah/negeri dan pihak berkuasa tempatan, untuk memastikan keseimbangan yang betul antara keseragaman dan autonomi, ekuiti/kesaksamaan dan persaingan antara wilayah/negeri, dan bahawa pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab dan responsif terhadap penduduk tempatan.
Kedaulatan undang-undang, di mana undang-undang digubal untuk melindungi hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan rakyat dan penduduk, bukan untuk
pihak berkuasa sewenang-wenangnya mengawal dan memdiamkan rakyat, serta undang-undang diguna pakai secara berkesan kepada semua termasuk pemimpin kerajaan, tanpa pendakwaan terpilih atau kekebalan.
Ini bagi mengelakkan tanggapan sinis bahawa "seseorang tidak bersalah sehingga kehilangan kuasa, dan seseorang mungkin tidak bersalah apabila mendapat semula kuasa".
Untuk tujuan-tujuan ini, kami menyeru parti-parti kerajaan dan pembangkang untuk merundingkan satu persetujuan pembaharuan politik bagi baki penggal Parlimen ke-15
sehingga 18 Disember 2027, yang merangkumi perkara berikut:
• Kestabilan Politik: Menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap dan Undi Kepercayaan Pengesahan bagi setiap perdana menteri baru selepas pelantikannya di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
• Pengukuhan Parlimen/DUN dan parti-parti politik: Menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen, menambahkan jawatankuasa pilihan parlimen, menetapkan masa untuk urusan bukan kerajaan, mengiktiraf kabinet bayangan/Exco bayangan, menggubal undang-undang untuk Dana Pembangunan Kawasan (CDF) yang saksama, Akta Pembiayaan Politik yang membolehkan pembiayaan awam kepada parti politik, dan mereformasikan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya ia bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
• Kedaulatan Undang-undang: Mengasingkan fungsi pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), meningkatkan kebebasan SPRM dan keberkecualian PDRM.
• Desentralisasi: Menggalakkan perbincangan "seluruh Malaysia" antara Kerajaan persekutuan, kerajaan-kerajaan wilayah Sabah dan Sarawak, dan 11 kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia, untuk menyediakan pelan hala tuju desentralisasi yang dirancang secara menyeluruh dan teliti, dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai tunggak utama dan dokumen panduan utama.
Daripada menunggu satu pihak untuk menghubungi pihak lain, kami menyeru kerajaan dan pembangkang untuk menjemput Yang Dipertua Dewan Negara Wan Junaidi
Tuanku Jaafar dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk bertindak sebagai pengantara yang tidak berat sebelah untuk tujuan ini.
Malaysia milik kita semua. Kami jemput semua rakyat Malaysia, termasuk aktivis dalam masyarakat sivil dan sektor swasta, untuk menyokong seruan tahun baru yang sederhana ini untuk kestabilan dan akauntabiliti.
Mesej ini disokong oleh:
Pertubuhan masyarakat sivil
1. Project - Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)
2. Architect for Diversity (AOD)
3. Bait Al Amanah
4. Bersih
5. Centre for Electoral Education and Democracy (CEED)
6. Centre for Independent Journalism (CIJ)
7. Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED)
8. Engage
9. Iman Research
10. Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
11. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
12. Lawyer Kamek
13. LLG Cultural Development Centre
14. Movement for Change Sarawak (MoCS)
15. Muslim Professionals Forum (MPF)
16. National Human Rights Society (Hakam)
17. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
18. Pacos Trust
19. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
20. Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot)
21. Persatuan Penulis Berbilang Bahasa (PEN Malaysia)
22. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
23. Pusat Komas
24. Sabah Action Body Advocating Rights (Sabar)
25. Sarawak Dayak Iban Association
26. Saudara.org
27. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
28. Sisters in Islam (SIS)
29. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
30. The Sarawak Initiative (TSI)
31. Tindak Malaysia
32. Transparency International Malaysia (TI-M)
33. Workable Initiatives for Secularism, Decentralisation, Openness and Moderation (Wisdom) Foundation
Individu
(Kesemua yang disenaraikan ini menyokong atas kapasiti individu. Pernyataan hubungan dengan pertubuhan mereka hanya untuk pengenalan)
1. Beverly Joeman, Ahli Majlis Tertinggi Kadazan Society Sabah (KSS)
2. Mohamad Arshad Raji, bekas presiden Patriot
3. Christopher Leong, bekas presiden Majlis Peguam
4. Dashran Yohan, wartawan
5. Ambiga Sreenevasan, bekas presiden Majlis Peguam
6. Dennis Ignatius, bekas duta
7. Mah Weng Kwai, bekas hakim Mahkamah Rayuan
8.Yeo Yang Poh, bekas presiden Majlis Peguam
9. Johan Ariffin Samad, bekas CEO Institute for Development Studies (IDS) Sabah
10. John Tenewi Nuek, bekas duta
11. Kuthubul Zaman Bukhari, bekas presiden Majlis Peguam
12. Mohd Hishamudin Yunus, bekas hakim Mahkamah Rayuan
13. Fazar Arif, pengasas Pergerakan Wanita Empowerment Revolution (POW.ER)
14. Alek Tuen, bekas profesor Universiti Malaysia Sarawak
15. Andrew Aeria, bekas profesor madya Unimas
16. Cecilia Ng, perunding bebas
17. Edmund Terence Gomez, bekas profesor Universiti Malaya
18. Francis Loh Kok Wah, bekas profesor Universiti Sains Malaysia
19. Lim Teck Ghee, penganalisis dasar
20. Peter Songan, bekas profesor Unimas
21. Phoon Wing Keong, ahli sains politik
22. S Munirah Alatas, bekas profesor pelawat Indonesian International Islamic University (UIII)
23. Toh Kin Woon, ahli lembaga pengarah Pusat Sejarah Rakyat
24. Derek John Fernandez, ahli majlis MBPJ
25. Abdul Rahman Embong, IKmas, Universiti Kebangsaan Malaysia
26. Shad Saleem Faruqi, Universiti Malaya
27. Faridah Tun Fuad Stephens, bekas penerbit, Sabah
28. Iqbal Fatkhi, ketua pengarang Cilisos Media
29. Jahabar Saddiq, ketua pengarang The Malaysian Insight
30. Jayanath Appudurai, bekas pengarah National Science Centre
31. Jerald Joseph, bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)
32. Lim Hong Siang, kolumnis
33. Maha Balakrishnan, penyelidik dan perunding parlimen
34. Malek Ali, pengasas BFM
35. Martin Vengadesan, editor bersekutu Malaysiakini
36. Nadira Ilana, pengarah filem
37. Ahmad Fauzi Abdul Hamid, USM
38. Wong Chin Huat, ahli sains politik
39. Zaharom Nain, University of Nottingham in Malaysia
40. Richard YW Yeoh, bekas ahli National Electoral Reform Council (2012-16) & Electoral Reform Committee (2018-20), Jabatan Perdana Menteri
41.Sharaad Kuttan, wartawan
42. Stanley Yong, naib presiden Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
43. Steven Thiru, bekas presiden Majlis Peguam
44. Sri Bernard Dompok, bekas ketua menteri Sabah
45. Mohd Sheriff Mohd Kassim, bekas ketua setiausaha perbendaharaan Kementerian Kewangan
46. Mohamad Ariff Md Yusof, bekas speaker Dewan Rakyat
47. Simon Sipaun, bekas ketua setiausaha kerajaan Sabah
48. Thomas Fann, bekas pengerusi Bersih
49. Tang Ah Chai, president Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor
50. Yap Swee Seng, bekas pengarah eksekutif Bersih
51. Zikri Kamarulzaman, wartawan
Kenyataan ini dimulakan oleh Projek - Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA), satu inisiatif terbaru yang memperjuangkan reformasi institusi.
Tulisan ini tidak mencerminkan pendirian Malaysiakini.