Paling Popular
Terkini

Isu pilihan raya PBT tidak sepatutnya dicadangkan semula oleh mana-mana parti politik kerana ia bukan keutamaan.

Keutamaan sekarang adalah meningkatkan semula ekonomi, menaik taraf kehidupan rakyat dan meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat.

Setelah setahun kerajaan perpaduan tertubuh, banyak lagi kerja buat yang perlu dilaksanakan khususnya dalam menambat hati orang Melayu/Islam.

Maka, isu-isu sensitif seperti isu pilihan raya PBT, perdana menteri bukan Melayu patutnya tidak terus diperkatakan kerana ia hanya membuatkan kaum Melayu makin jauh daripada kerajaan perpaduan.

Seharusnya kita sudah boleh meletakkan noktah terhadap isu ini.


MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR yang juga dikenali sebagai YobMal ialah calon Jawatankuasa Pimpinan Amanah 2023.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS