Paling Popular
Terkini

SURAT | Umno Batu di Wilayah Persekutuan mendesak Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Gerald Hans Isaac, dipecat atau meletak jawatan selepas gagal menguruskan Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan akhir Piala Malaysia di antara JDT dan Terengganu.

Permohonan maaf yang dibuat oleh perbadanan itu tidak mencukupi kerana perlu ada sikap tanggungjawab yang lebih serius ditunjukkan.

Isu stadium itu melibatkan maruah dan imej negara terutamanya dalam bidang sukan utama kita iaitu bola sepak.

Amat malu apabila keadaan padang itu disajikan dan akan ditonton di seluruh dunia secara langsung.

Hannah Yeoh selaku menteri belia dan sukan perlu mengambil tindakan dan jangan melihat isu ini sebagai perkara remeh.

Pastikan juga calon penganti nanti mesti mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan stadium, bukannya seorang selebriti yang hanya mempunyai hubungan politik.

Akhir kata, jangan dijadikan perlawanan akhir Piala Malaysia ini seperti program lawak jenaka.

Hal itu kerana Piala Malaysia mempunyai nilai intergriti, nostalgia dan sejarah tersendiri. Ia mula diwujudkan sejak 1920, justeru sejarahnya sudah berlanjutan selama lebih 100 tahun.


GULAM MUSZAFFAR GULAM MUSTAKIM ialah ketua Umno Batu merangkap Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS