Paling Popular
Terkini

SURAT | Tarikh 12 Ogos ini adalah peluang berharga yang menanti semua belia Kelantan.

Pada tarikh itu pilihan raya negeri tiba, dan saat itulah semua belia perlu memainkan peranan aktif bagi menentukan arah kepimpinan kerajaan negeri.

Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan 2019 yang mengurangkan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun adalah pengiktirafan bahawa belia sudah cukup matang untuk menyumbang dalam pembentukan masa depan negara.

Para belia Kelantan khususnya mesti memanfaatkan momentum pilihan raya kali ini sebagai saluran untuk menyuarakan pendapat serta membuat keputusan bebas daripada tekanan mana-mana pihak.

Sikap ini perlu dipupuk dan dijaga agar sumbangan undi daripada belia Kelantan akan memberi hasil yang terbaik untuk kini dan masa hadapan.

Justeru kami menyeru kepada semua belia Kelantan agar melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan terlibat dalam proses demokrasi.

Jadilah peneraju perubahan melalui hak dan suara anda dalam pilihan raya kali ini dan akan datang.


MOHD SYAHIRAN MUHAMMAD ialah presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysikini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS