Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kita mengenangkan zaman 1970an dan 1980an di Malaysia, di mana semua rakyat Malaysia hidup bersama dengan gembira di bawah satu bumbung.

Kita boleh makan di restoran yang sama tanpa perlu melihat label halal atau nonhalal, asalkan kita saling menghormati budaya dan agama masing-masing.

Pada masa itu, kita tidak memerlukan undang-undang untuk melindungi kebebasan bersuara kerana kita saling menghormati.

Namun, sejak tahun 1990an, situasi berubah perlahan-lahan dan ini disebabkan oleh beberapa politikus berunsur perkauman.

Untuk memenangi undi, politikus-poltikus ini tidak segan silu untuk menghasut isu-isu sensitif perkauman dan emosi bagi meraih undi daripada kumpulan etnik tertentu, malah mereka juga menggunakan agama untuk mengikat pemikiran moral rakyat dan menyokong matlamat politik mereka.

Setiap kali pilihan raya, isu perkauman dan agama penuh menyelubungi, disertai dengan celaan, kritikan, dan fitnah terhadap lawan politik, tanpa sebarang perbincangan tentang bagaimana untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan syarat hidup mereka, serta bagaimana untuk menjaga golongan yang lemah, tua dan muda. Amalan ini sungguh hina.

Politikus-poltikus ini tidak menghiraukan masa depan negara dan perpaduan antara kaum, semata-mata hanya untuk mencapai cita-cita politik mereka dengan berpecah-belahkan negara demi undi yang mereka mahukan.

Kita harus membuka mata, berfikir secara rasional, dan menolak politikus berunsur perkauman ini.

Kita perlu memilih wakil rakyat yang benar-benar berupaya menjalankan tugas untuk rakyat, memahami situasi rakyat, dan bersedia untuk mendengar suara rakyat.

Mereka adalah kunci untuk membawa Malaysia ke arah kemakmuran dan kemajuan.

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menolak perkauman, dan memelihara harmoni dalam kepelbagaian budaya di Malaysia.

Dengan menolak politik perkauman, negara kita dapat terbebas daripada belenggu perpecahan dan kebencian, serta melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah.

Marilah kita bersatu padu dan berusaha bersama, menjadikan Malaysia sebagai negara yang penuh dengan kasih sayang dan saling menghormati, serta mencipta masa depan yang lebih cemerlang untuk generasi akan datang.

Hanya dengan cara ini, kita dapat benar-benar mencapai identiti besar sebagai "rakyat Malaysia" dan bersama-sama mencapai cita-cita memajukan negara. Bantah politikus berunsur perkauman.


STEVEN LEE ialah pembaca Malaysiakini.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS