Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Pindaan undang-undang takzir Terengganu satu langkah positif

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memandang positif  Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022.

Pindaan ini adalah salah satu kaedah pendidikan kepada masyarakat iaitu dalam bentuk penguatkuasaan undang-undang. Islam memberi ruang mendidik dan berdakwah melalui kaedah lisan dan perbuatan yakni penguatkuasaan undang-undang.

Isma menjangkakan kesan positif dengan pelaksanaan enakmen baharu ini, masyarakat khususnya generasi muda akan lebih matang dan berfikir dengan waras tanpa terikut hawa nafsu yang melampau.

Enakmen ini bahkan akan mengangkat martabat para wanita dan melindungi mereka dari sebarang situasi yang membenarkan mereka diambil kesempatan dengan mudah-mudah.

Seharusnya mereka yang menentang enakmen ini perlu mendatangkan hujah yang baik dan cadangan sebagai alternatif.

Isma menyarankan kepada masyarakat untuk memberikan kepercayaan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakan undang-undang ini serta menyarankan agar negeri-negeri lain turut mengkaji dan mengambil contoh terhadap enakmen ini.


MUHAMMAD FAUZI ASMUNI ialah presiden ISMA.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS