Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
SURAT | K'jaan Kelantan perlu bentangkan pelan perparitan holistik

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang disiarkan Utusan Malaysia dan Kosmo bertarikh 19 Disember 2022, dia

memaklumkan antara punca berlakunya banjir sekitar Kota Bharu adalah saluran sistem perparitan yang tertutup setelah ditambak tanah.

Dia yang mengesahkan terdapat kekurangan parit di beberapa kawasan di bandar ini, menggambarkan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam isu perparitan

wajib ditambah baik dengan segera memandangkan banjir di Kelantan khususnya di ibu negeri ini berlaku pada setiap tahun.

Sehubungan itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kelantan menggesa kerajaan negeri membentangkan pelan perparitan holistik di semua daerah, dengan membuat pemetaan parit, longkang dan saliran dan membentangkan pelan tersebut kepada awam.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh dua akhbar tersebut, Mohd Amar mendakwa ada penduduk yang menambak tanah sehingga saluran perparitan tersumbat. Kami

kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya yang seperti menyalahkan rakyat yang mengakibatkan saluran perparitan gagal berfungsi.

Ini sedangkan tugas utama pihak berkuasa tempatan adalah untuk memastikan saluran perparitan lancar, apatah lagi amaran taburan hujan luar biasa sudah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum pembubaran parlimen menjelang PRU15 lagi.

Berdasarkan pemantauan kami di media sosial rasmi Majlis Perbandaran Kota BharuBandar Raya Islam (MPKB-BRI), dalam tempoh September sehingga Disember 2022,

hanya dua kali pembersihan longkang dan parit dilakukan sedangkan kawasan pentadbiran MPKB-BRI memerlukan penggalian dan pembersihan berkala yang lebih

kerap, sesuai dengabn statusnya sebagai sebuah bandar raya Islam.

Sebagai kesimpulan, Abim Kelantan menggesa kerajaan negeri bertindak sesegera mungkin bagi mengelak masalah kegagalan saliran perparitan di Kelantan seperti berikut :

  • Bentangkan Pelan Perparitan Holistik Kelantan dengan membentangkan peta aliran perparitan untuk kawasan di bawah kawasan MPKB-BRI sebagai projek rintis sebelum April 2022.

  • Menyediakan senarai semak lokasi perparitan utama beserta jarak dari satu lokasi ke satu lokasi, agar rakyat dapat mengetahui lokasi perparitan yang kritikal daripada ditambak orang awam.

  • Menjadualkan penggalian parit dan saliran seluruh MPKB-BRI secara konsisten setiap tiga bulan dan wajib disiarkan melalui platform media sosial.

  • Andai dakwaan Mohd Amar berkenaan rakyat yang menambak longkang itu berasas, kami menggesa agar kerajaan negeri menyenarai dan menguatkuasakan sebuah enakman bagi mengelak situasi orang awam menambak longkang pada masa akan datang.

  • Setelah berjaya melaksanakan Pelan Perparitan Holistik Kelantan di peringkat MPKBBRI, kerajaan Kelantan perlu melaksanakan projek ini di semua daerah lain di seluruh negeri.

Merujuk kepada keberkesanan kekerapan penggalian parit dan longkang yang sedia ada, kami mengambil contoh polisi yang dilakukan oleh Gabenor Bangkok, Chatchart Sittipun pada September 2022 yang lalu.

Kadar taburan hujan di Bangkok pada ketika itu adalah hujan lebat luar biasa, namun persediaan yang dilakukan lebih awal termasuklah penggalian parit dan longkang

berskala besar di seluruh Bangkok, pengaliran air banjir turun ke laut dapat surut dalam tempoh yang lebih singkat.

Dengan cadangan Pelan Perparitan Holistik Kelantan, diharapkan kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat Kelantan dan

mengelakkan banjir akibat saluran perparitan tersumbat berulang lagi.


MOHD SYAHIRAN MUHAMMAD adalah Yang Dipertua Abim Kelantan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS