Bahang pilihanraya semakin terasa. Penamaan calon ditetapkan pada 5 November.
Rakyat akan memilih wakil rakyat pilihan hati pada 19 November untuk tempoh 5 tahun akan datang.
PRU 15 mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan calon dan parti politik.
Di dijangka lebih 21 juta pengundi termasuk 34 peratus pemilih baru akan mengundi pada pilihan raya umum kali ini.
Dijangka parlimen Tapah akan menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu antara Barisan Nasional, PN, PH dan Pejuang.
Rata-rata dalam tinjauan yang dibuat dalam kalangan warga Tapah, ternyata calon BN M Saravanan mengekalkan rekod prestasi cemerlang sejak beliau menjadi wakil rakyat pada tahun 2008.
Beliau memiliki rancangan jelas dan teratur untuk masa depan generasi muda di kawasan ini khasnya dalam agenda memperkasa golongan muda.
Selain daripada mempunyai kredibiliti, ketampanan wajah beliau juga sering menjadi buah mulut orang tempatan, "Tall Dark and Handsome”.
Jadi, tidak anehlah kalau Saravanan ramai penyokong.
Lazimnya, pengundi akan memilih calon yang berkhidmat sepanjang tahun, bukan sahaja “turun” ketika musim pilihanraya tetapi yang menjaga kebajikan pengundi sepanjang masa.
PRU 15 adalah masa untuk rakyat memilih pemimpin terbaik.
Pengundi sememangnya bijak dan tidak akan memilih mereka yang muncul lima tahun sekali kemudian hilang selepas PRU berlalu.
Rata-rata pengundi setempat melahirkan rasa teruja dan telah membuat penilaian sendiri berkaitan calon-calon yang bakal bertanding, namun mengakui calon terbaik adalah calon Barisan Nasional (BN).
Berdasarkan prestasi kerja, nampak jelas, Saravanan mendahului pencabar-pencabar lain yang bakal bertanding.
Segala-galanya ada di Tapah, dari projek-projek infra-rakyat seperti jalan raya, jalan kampong, bekalan air, elektrik sebagainya kepada penduduk yang tinggal di Kawasan luar bandar dan pedalaman.
Dari dulu hingga sekarang warga parlimen Tapah dapat menyaksikan pelbagai pembangunan dilaksana bagi membangunkan dan memajukan kawasan parlimen Tapah oleh Saravanan.
Beliau amat cakna dengan pembangunan luar bandar kerana Saravanan bukan sahaja berasal dari kawasan kuarters hospital Kuala Lumpur (Kampung Baru), malah cakna kebajikan komuniti.
Saravanan senantiasa memastikan tiada pihak yang tercicir daripada menerima bantuan yang selayaknya mereka perolehi.
Sebagai Menteri Sumber Manusia (caretaker), Saravanan menganjurkan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 peringkat negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan, Tapah pada 11 dan 12 Jun 2022.
Lebih kurang 8,000 peluang pekerjaan disediakan bagi pencari kerja merangkumi anak-anak muda, graduan, orang kelainan upaya, individu yang kehilangan kerja dan sebagainya.
Bijak buat pilihan. Demi Negara, keluarlah mengundi.
M VIVEKANANTHAN adalah Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.