Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
SURAT | lapor JPP ke polis, Afdlin perlu dikenakan tindakan disiplin

Saya mengambil maklum tindakan salah seorang calon ketua cabang yang tewas, Afdlin Shauki yang membuat laporan polis terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan.

Afdlin yang tewas merebut jawatan ketua cabang setiawangsa kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Pemilihan PKR 2022 menyaksikan beliau tidak berpuas hati terhadap kekalahan yang dialami dengan pelbagai dakwaan.

Afdlin telah mencalarkan imej parti dan tindakan beliau melaporkan parti ke polis seharusnya menyebabkan beliau dikenakan tindakan disiplin.

Afdlin sepatutnya belajar disiplin dalam organisasi terutama parti politik. Sepatutnya dalam tempoh setahun sebagai anggota parti beliau sudah matang apatah lagi bila beliau cuba untuk menjadi pemimpin dalam PKR.

Dalam parti ini, beliau bukanlah 'primadona' yang mana JPP perlu fokus kepada beliau seorang. Sehingga hari ini JPP masih menjalankan pengiraan untuk undi ragu dan masih dalam persediaan untuk pemilihan peringkat MPP dan exco AMK serta Wanita.

Saya juga melihat JPP telah memberi penjelasan demi penjelasan terhadap setiap pertuduhan dan anggota parti perlu sabar.

Pada pandangan saya juga, jika Afdlin tidak yakin dengan ketelusan JPP. Adalah lebih 'jantan' jika beliau menarik diri sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Amat lucu bila beliau masih cuba untuk merebut jawatan MPP dan dalam masa sama menuduh seolah JPP menipu.

Saya juga meminta anggota parti memberi ruang kepada JPP untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Saya yakin JPP akan meneliti setiap aduan yang diterima.


RAZEEF RAKIMIN ialah ketua penerangan Pemuda PKR (AMK) Sabah.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS